Peminat merakamkan gambar di luar Stadium Sao Paulo. FOTO File Agensi
Peminat merakamkan gambar di luar Stadium Sao Paulo. FOTO File Agensi
Reuters

KELAB bola sepak Brazil mengambil bahagian dalam memerangi wabak koronavirus dengan menawarkan gelanggang latihan dan stadium mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Bahia, Athletico Paranaense dan Sao Paulo antara beberapa kelab yang menawarkan kemudahan mereka hari ini.

“Kami meletakkan pusat latihan kami di bawah penjagaan kerajaan untuk menerima pesakit yang menghidapi Covid-19, selama mana yang diperlukan mereka,” kata Bahia menerusi twitter.

Menurut kelab itu mereka mempunyai tiga pavilion dengan 28 bilik di pusat latihan Fazendao dan pihak berkuasa tempatan akan memindahkan pesakit di sana.

“Kami akan memindahkan pesakit Covid-19 yang tidak memerlukan rawatan rapi ke Fazendao,” kata gabenor negeri Bahia, Rui Costa.

Kelab Athletico di Curitiba menawarkan gelanggang latihan dan stadium, di mana juara dunia, Sepanyol menjalani latihan ketika Piala Dunia 2014, kepada pihak berkuasa tempatan “untuk apa sekali kegunaan yang diperlukan.”

Sao Paulo juga menawarkan kemudahan mereka, termasuk Stadium Morumbi yang menjadi tuan rumah pada perlawanan pembukaan Copa America, tahun lalu.

Kebanyakan kelab Brazil turut menggunakan media sosial mereka untuk memberikan maklum kesihatan awam kepada peminat.

Amerika Selatan setakat ini mempunyai 621 kes koronavirus dengan enam kematian disahkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 9:48 AM