RONALDO (tengah) meraikan jaringan pendahuluan Madrid. FOTO Agensi
RONALDO (tengah) meraikan jaringan pendahuluan Madrid. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo mencuri perhatian peminat ketika meraikan jaringan pembukaan Vinicius Jr ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 2-0, hari ini.

Ronaldo kembali ke Bernabeu untuk menyaksikan El Clasico dan masuk ke stadium menaiki van hitam bagi melindungi dirinya dikesan peminat.

Penyokong dan kamera TV berjaya mengesannya di tempat duduk penonton dan menunjukkan betapa Real Madrid tetap di hatinya menerusi gaya meraikan jaringan dengan penuh kegembiraan.

Vinicius meletakkan Madrid di hadapan pada minit ke-71 dan dia meniru gaya mashyur Ronaldo meraikan jaringan ketika Ronaldo menghargainya dengan bertepuk tangan dari tempat duduk penonton.

AKSI Vinicius yang meniru gaya Ronaldo selepas menjaringkan gol pertama Madrid.
AKSI Vinicius yang meniru gaya Ronaldo selepas menjaringkan gol pertama Madrid.

Ronaldo dan Madrid menikmati malam lebih indah apabila Mariano meledak gol kedua pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan dalam aksi Clasico itu.

Ia juga kali pertama Ronaldo kembali ke Madrid sejak berpindah ke Juventus dengan harga £99.2 juta (RM532 juta) pada 2018.

Sejak ketiadaannya, Madrid gagal mencari pengganti sehebat superstar Portugal itu yang menjaringkan 450 gol dalam 438 perlawanan bersama kelab.

Bagaimanapun, kemenangan ke atas Barcelona membolehkan mereka mencerahkan peluang merampas gelaran La Liga apabila mengatasi musuh ketat itu dengan satu mata dan berbaki 12 perlawanan.

Kemenangan itu juga membuktikan kemampuan sebenar mereka selepas tewas 1-2 kepada Manchester City dalam aksi pertama saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 11:35 PM