NADAL menjulang trofi selepas muncul juara Terbuka Mexico. FOTO AFP
NADAL menjulang trofi selepas muncul juara Terbuka Mexico. FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal meraih kemenangan di Jelajah ATP 2020 buat kali pertama selepas menewaskan pemain bukan pilihan, Taylor Fritz 6-3, 6-2 pada aksi final Terbuka Mexico hari ini.

Bintang berusia 33 tahun itu beraksi di kejohanan pertamanya sejak tewas pada suku akhir Terbuka Australia bulan lalu.

Ia adalah kejuaraan Terbuka Mexico kali ketiga dimenanginya selepas 2013 dan 2005.

“Saya beraksi dengan baik sejak daripada awal sehingga akhir. Saya memenangi kejuaraan pertama di sini dan dapat beraksi selepas 15 tahun adalah amat menakjubkan.

“Setiap kali beraksi di sini seperti bermain di negara sendiri,” katanya selepas menewaskan Fritz yang kali pertama ditemuinya.

Nadal terpaksa menyerahkan takhta nombor satu dunia kepada Novak Djokovic selepas sensasi Serbia itu muncul juara Terbuka Australia untuk kali kelapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 9:38 PM