Lorenzo Insigne menyamakan kedudukan menerusi penalti. FOTO Agensi
Lorenzo Insigne menyamakan kedudukan menerusi penalti. FOTO Agensi
Reuters

NAPOLI meneruskan semangat juang apabila bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas pasukan tercorot Brescia menerusi usaha menarik Fabian Ruiz dalam saingan Serie A pagi ini, sekali gus memberi harapan kepada kelab itu menempah slot Eropah.

Brescia melebarkan rekod tanpa kemenangan kepada 10 perlawanan dan berada kedudukan kedua terbawah dalam carta, membuat kejutan menerusi gol pendahuluan menerusi tandukan Jhon Chancellor pada minit ke 26.

Sebelum Lorenzo Insigne menyempurnakan penalti, dan pemain Sepanyol, Ruiz meledak selepas waktu rehat.

Napoli yang akan menerima kunjungan Barcelona dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu, berada di kedudukan keenam liga dengan 36 mata, satu mata mengatasi Parma, Verona dan AC Milan yang akan beraksi hujung minggu ini.

Kekalahan dalam empat daripada enam perlawanan awal di bawah kendalian jurulatihnya, Gennaro Gattuso, Napoli kini melakar enam kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.

“Saya suka pasukan ini sekarang, mereka mempamerkan semangat yang berlainan,” kata Gattuso.

“Kami diberikan kejutan hari ini dan ketinggalan di belakang tapi yang paling penting adalah reaksi.”

“Sekarang nampak mudah, sebenarnya tidak. Kami tahu ia akan selalu sukar, kami harus bersedia,” tambah Gattuso, yang berkata dia bergelut dengan suhu tinggi.

“Sekian lama saya begitu takut kerana saya melihat pasukan yang rapuh tanpa ada keyakinan.

“Saya sudah berada dalam dunia bola sepak sejak bertahun lama dan saya tahu apabila cahaya terang ia akan kembali sangat sukar.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 8:29 AM