PASUKAN senior dan super veteran UiTM Melaka ceria selepas meraih emas dalam acara bola sepak di UiTM Samarahan. FOTO Nazri Abu Bakar
PASUKAN senior dan super veteran UiTM Melaka ceria selepas meraih emas dalam acara bola sepak di UiTM Samarahan. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


PASUKAN bola sepak senior dan super veteran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka mencatat sejarah sebagai pasukan pertama meraih emas dalam kategori terbabit pada Karnival Sukan Staf UiTM Malaysia (KARISTA) 2020 yang berakhir hari ini di UiTM Sarawak.

Dalam kategori senior, UiTM Melaka berjaya menewaskan kampus Pahang 3-1 untuk meraih kejuaraan sementara tempat ketiga diraih bersama Pulau Pinang dan Perak.

Bagi super veteran, UiTM Melaka berjaya menewaskan Perak 4-2 pada aksi final yang pertama kali diperkenalkan.

Ketua Kontinjen UiTM Melaka, Profesor Madya Dr S Salahudin Suyurno berkata, pencapaian itu amat memberansangkan termasuk menerusi sokongan dan komitmen kesemua 75 atlet yang turut menyertai KARISTA kali ini.

“Dengan pencapaian ini, ia membolehkan Melaka meraih dua emas satu perak dan enam gangsa sekali gus melepasi sasaran tujuh pingat.

“Terima kasih kepada Rektor UiTM Melaka, Profesor Dr Abd Halim Mohd Noor dan pengurusan tertinggi yang memberikan sokongan padu kepada kontinjen KARISTA 2020,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 11:56 PM