Firdaus Hashim


LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa menghormati perjanjian penajaan bersama Telekom Malaysia (TM) yang mahu jumlah tajaan hak penyiaran dan hak komersial Liga Malaysia selama tiga musim itu dirahsiakan.

Walaupun cuba didesak pihak media, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan tetap enggan menjawab namun mengakui nilai berkenaan sudah diketahui semua 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Malah, ketika ditanya adakah benar nilai sebenar tajaan sebanyak RM30 juta, beliau sebaliknya memilih untuk 'membisu'.

"Itu 'no komen' sebab kena hormat persetujuan kita dengan TM," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani penajaan di Pusat Konvensyen TM, hari ini.

Bagaimanapun, Ghani percaya nilai tajaan itu mampu diagihkan dengan adil kepada semua rakan kongsi untuk digunakan bagi menguruskan pasukan masing-masing termasuk pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 2:57 PM