Erling Haaland (kiri) meraikan jaringan bersama Jadon Sancho. FOTO AFP
Erling Haaland (kiri) meraikan jaringan bersama Jadon Sancho. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN remaja Borussia Dortmund, Erling Haaland mengulangi aksi cemerlang selepas meledak hatrik pada penampilan pertama dengan menjaringkan dua lagi gol sekali lagi sebagai pemain gantian ketika membenam Cologne di Bundesliga awal pagi ini.

Rakannya Jadon Sancho berusia 19 tahun turut menemui jaringan menerusi gol ke 11 Bundesliga pada musim ini dan jaringan kelapan dalam lapan penampilan ketika pemain itu menyaingi kehadiran bintang Norway itu.

Raphael Guerreiro dan Marco Reus menjaringkan gol pada babak pertama ketika pasukan tuan rumah yang berada di tangga ketiga merapatkan jurang dengan RB Leipzig menerusi empat mata sebelum pendahulu liga itu berkunjung ke Eintracht Frankfurt Ahad ini.

Haaland, pemain tunggal pertama yang menjaringkan lima gol dalam dua penampilan awal di Bundesliga, dimasukkan pada babak kedua kedua-duanya dan menghabiskan masa 59 minit keseluruhannya di atas padang.

Dia menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan bersama wakil Austria, Salzburg pada babak pertama semusim sebelum menyertai Dortmund.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 8:48 AM