GUARDIOLA risau reputasi City. FOTO Agensi
GUARDIOLA risau reputasi City. FOTO Agensi
Agensi

PEP Guardiola berkata, dia 100% kekal sebagai pengurus Manchester City musim depan.

Selepas dua kali berturut-turut bergelar juara Liga Perdana dengan mencatat rekod pungutan mata, City hampir pasti menamatkan kempen musim ini di belakang pendahulu, Liverpool.

Situasi itu menyebabkan timbul spekulasi Guardiola akan menghidupkan klausa dalam kontraknya yang tamat 2021.

Bagaimanapun, ketika bercakap kepada wartawan menjelang aksi menentang Crystal Palace malam ini, Guardiola berkata: "Selain mereka memecat saya, saya akan kekal, 100%."

City di tempat ketiga liga sebelum menewaskan Manchester United pada separuh akhir Piala Carabao dan menewaskan Aston Villa 6-1 untuk kembali memintas Leicester.

"Ia bukan kerana kami menang dua aksi terakhir,” kata Guardiola. “Malah jika kami terus merudum, saya tidak akan kemana.

"Tiada pengurus menang setiap masa. Saya seronok bekerja dengan pemain saya. Kami tewas beberapa perlawanan jadi ia mudah, kami perlu bangkit untuk kekalkan momentum.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 1:15 PM