VERSTAPPEN menang lapan perlumbaan GP. — FOTO Reuters
VERSTAPPEN menang lapan perlumbaan GP. — FOTO Reuters
AFP

MAX Verstappen menandatangani kontrak baharu bersama Red Bull hingga 2023, umum pasukan Formula Satu itu hari ini.

Kontrak pemandu Belanda berusia 22 tahun itu akan berakhir tahun ini dan dia dilihat sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes jika juara dunia enam kali itu, yang turut tamat kontraknya hujung musim ini, berpindah ke Ferrari.

Namun Verstappen, pemenang lapan perlumbaan Grand Prix, kini komited untuk berlumba lebih lama bersama Red Bull.

Tindakan itu susulan Charles Leclerc menandatangani kontrak sambungan lima tahun bersama Ferrari bulan lalu.

Verstappen, yang berakhir di tangga ketiga kejuaraan pemandu musim lalu menulis dalam Twitter: “Amat bangga dan gembira @redbullracing kekal menjadi pasukan saya hingga 2023. Kami memulakan perjalanan ini bersama dan mereka menyokong saya sejak hari pertama.

“Saya mahu menang bersama @redbull dan @HondaRacingF1, sasaran kami adalah berjuang bagi merebut kejuaraan dunia bersama. Yang terbaik masih belum muncul! #YesBoys.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 9:06 PM