DANIELE De Rossi telah bersara dari bola sepak selepas meninggalkan Boca Juniors. FOTO AFP
DANIELE De Rossi telah bersara dari bola sepak selepas meninggalkan Boca Juniors. FOTO AFP
AFP

BEKAS pemain Itali Daniele De Rossi mengumumkan pesaraannya daripada bola sepak hari ini, enam bulan selepas menyertai kelab gergasi Argentina Boca Juniors.

De Rossi yang hanya beraksi dalam enam perlawanan bersama kelab Buenos Aires itu menjaringkan satu gol namun berkata dia pulang ke rumah atas alasan keluarga.

“Saya perlu pulang ke rumah. Saya tinggalkan Boca dan bola sepak,” kata bekas pemain tengah Itali dan Roma.

“Saya tinggalkan kelab yang berada dalam hati saya, sukan ini, minat saya.”

De Rossi yang mengalami beberapa kecederaan sepanjang berada di Argentina menegaskan dia ‘tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius’ tetapi berasa ‘perlu untuk berada di samping keluarga saya, anak perempuan saya. Saya rindukan mereka dan mereka rindukan saya.”

De Rossi menghabiskan 18 tahun di Roma sebelum meninggalkan kelab pada akhir musim lalu.

Dia beraksi dalam 117 perlawanan bersama Itali dari 2004-17 dan menjulang Piala Dunia pada 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 11:49 AM