Shelly-Ann Fraser-Pryce. FOTO Agensi
Shelly-Ann Fraser-Pryce. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce akan mengambil bahagian dalam acara 200 meter (m) tatkala dia mempertahankan gelaran juara 100m di Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Ia adalah Olimpik terakhir buat Shelly-Ann, yang akan berusia 33 tahun pada Jumaat.

“Sudah pasti saya akan menggandakan latihan,” katanya bercakap kepada laman web Inside the Games di Kingston.

“Tahun lalu, saya mahu menyertai dua acara tetapi jurulatih mempunyai perancangan lain jadi saya hanya mengikut perancangan itu. Dia lebih tahu yang terbaik.”

Pencapaian terbaik Shelly-Ann dalam acara 200m di Olimpik adalah ketika memenangi pingat perak di London 2012, begitupun dia mencatat kejayaan pada jarak itu pada Pan American Games tahun ini.

Pencabar utamanya dalam acara 200m di Tokyo termasuk pelari Britain, Dina Asher-Smith yang masih segar daripada memenangi pingat emas dalam acara itu pada Kejohanan Dunia di Doha baru-baru ini - tetapi memperoleh pingat perak dalam 100m di belakang Shelly-Ann pada kejohanan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Disember 2019 @ 10:42 AM