SKUAD B-12 Malaysia Panthers. — FOTO Program Pembangunan Bolasepak Negara
SKUAD B-12 Malaysia Panthers. — FOTO Program Pembangunan Bolasepak Negara
Syazwan Msar


SKUAD muda negara gagal melakar hatrik kejuaraan Piala SuperMokh apabila Malaysia Cougars Bawah 13 Tahun (B-13) tewas kepada Buriram United 0-2 pada final di Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang hari ini.

Kelebihan fizikal yang dimiliki pasukan dari Thailand itu jelas menjadi faktor kejayaan mereka sekali gus menjadi penghalang Malaysia mencipta kemenangan bagi semua kategori dipertandingkan.

Skuad kendalian Khusairi Wahab itu tewas menerusi dua gol jaringan Kijtaphas Hnooyaem (minit ke-47) dan Pongpan Pongwarin (m-70).

Sementara itu perlawanan kategori B-12 menyaksikan Malaysia Panthers menewaskan seteru utamanya Malaysia Cougars 3-0 pada aksi final.

Aisy Al Hakim Hasnizam meledak gol pendahuluan Panthers pada minit ke-28 disusuli Nor Azim Assyakirin Azman (m-32) selain jaringan lewat Airil Izzan Azri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 9:15 PM