WIJNALDUM cedera otot Sabtu lalu. — FOTO premierleague.com
WIJNALDUM cedera otot Sabtu lalu. — FOTO premierleague.com
Reuters

PEMAIN tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum terpaksa diketepikan bagi aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia menentang kelab Mexico, Monterrey awal pagi esok kerana kecederaan otot, menurut pengurus Juergen Klopp.

Wijnaldum cedera ketika Liverpool menang 2-0 ke atas Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu namun tetap bersama skuad ke Qatar.

Klopp berkata, masalah pemain berusia 29 tahun itu tidak serius seperti jangkaan awal namun mereka akan memantau bagaimana tindak balasnya terhadap rawatan dalam beberapa hari akan datang.

“Gini tidak serius seperti yang kami ramalkan pada mulanya, jadi dia berada di sini melakukan pemulihan pertama dan kemudian kami akan melakukan apa yang patut,” kata Klopp awal pagi tadi.

KLOPP melayan soalan wartawan pada sidang media di Doha, awal pagi tadi. — FOTO AFP
KLOPP melayan soalan wartawan pada sidang media di Doha, awal pagi tadi. — FOTO AFP

“Kami akan memantaunya setiap hari, tapi malam esok (Rabu) dia tidak terbabit.”

Rakan senegara Wijnaldum dari Belanda, Virgil van Dijk turut terlepas latihan di Doha kelmarin namun Klopp menyatakan pemain pertahanan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Virgil tidak ada masalah. Kami terpaksa melakukan pemulihan berbeza bagi setiap pemain, itulah sebabnya dia tidak terbabit dalam latihan semalam,” kata Klopp.

“Pemain lain dalam skuad semuanya bagus.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 12:29 PM