CRITCHLEY (kiri) memberi kata semangat kepada pemain remaja, Harvey Elliott. — FOTO Reuters
CRITCHLEY (kiri) memberi kata semangat kepada pemain remaja, Harvey Elliott. — FOTO Reuters
Reuters/AFP

PENGURUS B-23 Liverpool, Neil Critchley tetap memuji anak buahnya yang dibelasah Aston Villa 5-0 pada suku akhir Piala Liga Inggeris di Villa Park, awal pagi tadi.

Critchley, yang mengambil alih tugas daripada Juergen Klopp yang menelefonnya ketika rehat dari hotel pasukan di Doha berkata, beliau bangga dengan persembahan pemainnya.

Liverpool menjuarai Piala Liga dengan rekod lapan kali namun mengorbankan peluang untuk menjadikannya sembilan ketika mereka fokus bagi perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia menentang kelab Mexico, Monterrey di Doha.

“Kami amat fantastik sejak mula, kami mempunyai beberapa peluang sejak wisel pertama ditiup,” katanya.

PASUKAN utama Liverpool berada di Doha bagi Piala Kelab Dunia. — FOTO Reuters
PASUKAN utama Liverpool berada di Doha bagi Piala Kelab Dunia. — FOTO Reuters

“Kami tidak bernasib baik dibolosi dan kemudian ketinggalan 0-2. Ia malam yang menakjubkan dan tiada siapa mahu ia berakhir. Sokongan yang kami terima amat mengagumkan.

“Sesetengah daripada mereka menunjukkan potensi untuk bermain dengan pasukan utama atau dalam Liga Perdana. Mereka tahu ia sebahagian daripada perjalanan mereka. Saya berasa terlalu bangga dengan persembahan terpuji mereka.

“Tingkah laku pemain Villa juga mengagumkan. Bagi Dean Smith dan (penolong pengurus) John Terry untuk datang ke bilik persalinan kami selepas perlawanan dan memberi kata semangat seperti ‘teruskan, semoga berjaya’ dan mendoakan yang terbaik buat kami.

“Satu detik saya dan pemain akan ingat hingga ke akhir hayat.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 10:32 AM