Bale tidak pernah meminta untuk tinggalkan Real Madrid. FOTO REUTERS
Bale tidak pernah meminta untuk tinggalkan Real Madrid. FOTO REUTERS
Reuters

GARETH Bale mengakui tidak gembira dengan kehidupan di Real Madrid tetapi tidak pernah meminta untuk meninggalkan kelab itu, kata ejen pemain antarabangsa Wales itu.

Komitmen Bale terhadap juara Eropah 13 kali itu diragukan, bulan lalu selepas dia membantu negaranya layak ke Euro 2020.

Dia kemudian menyertai rakan sepasukannya menari bersama bersama pemidang tertera ‘Wales. Golf. Madrid. Seperti itu’.

Dia diejek oleh penyokong Real ketika menentang Real Sociedad, bulan lalu.

Penyerang berusia 30 tahun itu terbabit dalam pertelagahan bersama jurulatih Real, Zinedine Zidane ketika rehat musim.

Bekas pemain handalan Perancis itu menyatakan dia berharap Bale akan meninggalkan kelab itu biarpun laporan untuk berhijrah ke kelab China, Jiangsu Suning tidak menjadi.

“Dia tidak seronok mengenainya,” kata ejen Bale, Jonathan Barnett kepada media Britain.

“Dia memiliki kontrak dan selagi pemain Real dia akan beraksi pada tahap 100 peratus dan bermain dengan baik”.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 6:40 PM