Da Sylva ikat kontrak selama setahun. FOTO IHSAN TFC
Da Sylva ikat kontrak selama setahun. FOTO IHSAN TFC
Malik Muhamad


TERENGGANU FC (TFC) mengikat pemain baharu dari Mauritania, Dominique Da Sylva bagi mengukuhkan jentera serangan skuad itu musim 2020.

Bekas pemain kelab Sai Gon FC dalam Liga Vietnam berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala Terengganu, hari ini.

Menerusi kenyataan media TFC, pemain berketinggian 1.80 meter itu memikat pengendali TFC, Nafuzi Zain yang melihat aksinya dalam Liga Vietnam sebelum ini.

Selain Saigon, Da Sylva pernah beraksi bersama Ho Chi Minh City pada 2017 serta beberapa buah kelab di Cyprus termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Kemasukan Da Sylva menjadikan TFC kini memerlukan seorang lagi pemain import di posisi pertahanan tengah dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

"TFC hari ini mengumumkan menandatangani kontrak pemain import baharu iaitu Dominique Da Sylva untuk bersama TFC musim depan.

"Da Slyva bermain di posisi serangan menandatangani kontrak selama setahun bersama TFC bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 3:54 PM