Sanchez Flores gagal ubah kedudukan Watford. FOTO REUTERS
Sanchez Flores gagal ubah kedudukan Watford. FOTO REUTERS
Agensi

PENGURUS Watford Quique Sanchez Flores berdepan pemecatan selepas kekalahan 2-1 kepada Southampton, semalam selepas hierarki kelab itu bertemu untuk menentukan masa depannya.

Sanchez Flores yang mengendali pada musim 2015-16 dilantik semula pada 7 September lalu untuk menggantikan Javi Gracia.

Dia bagaimanapun gagal mengubah keputusan kelab itu apabila hanya menang satu daripada 10 perlawanan liga dengan Watford menghuni tangga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chris Hughton diletakkan sebagai calon pengganti berpotensi untuk mengambil alih tugasan Sanchez Flores.

Hughton masih belum mempunyai pasukan sejak dipecat oleh Brighton pada penghujung musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 7:08 PM