PELLEGRINI menempuhi dua bulan tanpa sebarang kemenangan dalam semua kejohanan bersama Hammers.
PELLEGRINI menempuhi dua bulan tanpa sebarang kemenangan dalam semua kejohanan bersama Hammers.
AFP

KEPUTUSAN Arsenal memecat Unai Emery hari ini membuatkan tumpuan mula terarah kepada pengurus Everton Marco Silva dan pengendali West Ham Manuel Pellegrini semakin kesuntukan masa untuk menyelamatkan jawatan mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Emery dipecat rentetan tujuh perlawanan tanpa kemenangan dengan kekalahan 1-2 kepada Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi menjadi penentunya.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu adalah yang ketiga kehilangan jawatan musim ini selepas pemecatan jurulatih Watford Javi Gracia dan pengurus Tottenham Mauricio Pochettino.

Namun, giliran siapa pula selepas ini?

Everton, menurut laporan mengadakan perbincangan dengan lembaga kelab itu mengenai kedudukan Silva manakala Pellegrini menempuhi dua bulan tanpa sebarang kemenangan dalam semua kejohanan bersama Hammers.

Pengendali Watford Quique Sanchez Flores mungkin berdepan masalah beberapa minggu selepas kembali ke kelab manakala Ole Gunnar Solskjaer mungkin berdepan tekanan jika Manchester United gagal memperbaiki kedudukan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 9:26 PM