V SHEM-Wee Kiong berpeluang raih gelaran ketiga musim ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
V SHEM-Wee Kiong berpeluang raih gelaran ketiga musim ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Ferzalfie Fauzi


BEREGU lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke perlawanan akhir Masters Korea selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Choi Solgyu-Seo Seung Jae hari ini.

Pada separuh akhir di Gwangju, V Shem-Wee Kiong yang juga pilihan ketujuh dipaksa berhempas-pulas sebelum mencatat kemenangan 16-21, 21-15, 21-19 dalam tempoh 56 minit.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan berdepan pemenang antara Le Yang-Wang Chi Lin (Taiwan) atau Kim Won Ho-Park Kyung Hoon (Korea Selatan).

Mereka yang kini menduduki ranking ke-13 dunia akan beraksi pada perlawanan akhir kali ketiga selepas Masters Thailand dan Terbuka Taiwan.

Jika menang ia gelaran ketiga buat mereka musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 11:41 AM