Carragher bekas pemain utama Liverpool. FOTO Agensi
Carragher bekas pemain utama Liverpool. FOTO Agensi
AFP

LIVERPOOL akan memulakan saingan padat 13 perlawanan dalam 41 hari di Crystal Palace esok yang akan menentukan musim mereka dan bagaimana era Jurgen Klopp akan diingati di Anfield.

Kehebatan dan kontroversi ketika menewaskan juara bertahan, Manchester City, 3-1 sebelum rehat perlawanan antarabangsa meletakkan Liverpool mendahului sembilan mata di depan barisan kendalian Pep Guardiola.

Mereka memegang kelebihan lapan mata mengatasi pasukan tangga kedua, Leicester dan menjadi pilihan utama mencari gelaran liga selepas penantian 30 tahun.

Kunjungan ke Selhurst Park juga adalah permulaan lima saingan liga berdepan pencabar yang dilihat atas kertas tidak mampu memberikan saingan kuat buat pasukan yang hanya melepaskan dua mata liga sepanjang musim ini – selepas seri 1-1 berdepan Manchester United.

Tetapi Liverpool yang perlu bermain di luar liga mencetuskan minat serta spekulasi beberapa minggu akan datang.

Pembabitan dalam Piala Dunia Kelab FIFA di Qatar, serta Piala Liga bermakna Klopp perlu bermain dua perlawanan dalam tempoh 24 jam yang dipisahkan jarak 6,400 kilometer.

Liverpool akan ke Aston Villa pada 17 Disember pada suku akhir sebelum bermain di Timur Tengah pada 18 Disember dengan Klopp perlu menyediakan dua skuad berbeza bagi mengharunginya.

Beberapa pengkritik diketuai bekas pemain utama di Anfield, Jamie Carragher berkata Klopp sepatutnya mengetepikan empat saingan Piala yang turut membabitkan pasukan itu musim ini - dua piala domestik, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Keghairahan Reds di Merseyside untuk menjuarai gelaran liga bertambah apabila hampir melakukannya di bawah kendalian Brendan Rodgers pada 2014.

Dan mereka hampir melaksanakannya pada Mei lalu, apabila tewas kepada City dengan perbezaan satu mata.

“Saya tahu ramai penyokong Liverpool yang akan memperkatakan ini dan sudah pasti kelab berkenaan tidak mampu, namun lebih bermakna jika Liverpool memperoleh kejuaraan liga perdana.

“Perlawanan menentang Aston Villa dalam Piala Carabao (liga)? Jika Liverpool melepasi saingan itu mereka akan berdepan dua lagi aksi separuh akhir dan mungkin berpeluang memenangi kejuaraan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 2:11 PM