Ruiz (kiri) tewaskan Joshua pada pertarungan di New York, Jun lalu. FOTO Boxing Scene
Ruiz (kiri) tewaskan Joshua pada pertarungan di New York, Jun lalu. FOTO Boxing Scene
Reuters

PENINJU Britain Anthony Joshua berkata kekalahan pertama karier kepada Andy Ruiz Jr disebabkan oleh cetek pengalaman.

Sejak itu, dia merasakan dirinya kini menjadi peninju yang lebih matang dan bijak menjelang perlawanan ulangan pada Disember ini.

Peninju Amerika-Mexico Ruiz menghasilkan salah satu kejutan terbesar dalam arena tinju selepas dia menewaskan juara heavyweight dunia yang belum tewas itu pada penghujung pusingan ketujuh pada pertarungan di Madison Square Garden New York pada Jun lalu.

“Ia bukan disebabkan keletihan. Isu yang saya hadapi pada kem lalu disebabkan oleh kekurangan pengalaman,” katanya.

“Sekalipun ia berada pada tahap tertinggi, kami masih mencari pengalaman.

“Andy Ruiz seorang peninju bagus tetapi saya tidak merasakan dia patut menewaskan saya dua kali. Saya biasa mendengar orang berkata saya perlu belajar menerima kekalahan dan saya kata kenapa?”

“Sekarang barulah saya faham dan apa diperlukan. Saya memiliki kefahaman lebih tinggi sekarang, telinga saya terbuka kepada maklumat membuatkan saya lebih bijak sebagai peninju.

Sesiapa saja boleh dahagakan kejayaan tetapi saya lebih bijak.”

Pertarungan semula heavyweight WBA, IBF dan WBO yang dianggap ‘Clash on the Dunes’ akan berlangsung di Arab Saudi pada 7 Disember selepas Joshua, 30, bekas juara Sukan Olimpik mencetuskan klausa untuk perlawanan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 3:18 PM