Sancho jadi buruan Real Madrid. FOTO REUTERS
Sancho jadi buruan Real Madrid. FOTO REUTERS
Agensi

REAL Madrid menghidupkan minat mereka di England untuk mendapatkan pemain bintang Jadon Sancho.

Gergasi Sepanyol itu yang sebelum ini mahu mendapatkan Sancho ketika dia meninggalkan Manchester City, kini mengemukakan plot terbaru untuk pemain berusia 19 tahun itu pada musim panas.

Sancho meletakkan dirinya selah seorang pemain muda paling menonjol di Eropah sejak menyertai Borussia Dortmund daripada City pada 2017.

Dortmund kini hanya mampu melihat penampilan musim terakhir Sancho di Signal Iduna Park dan mereka juga sudah mula mencari pengganti pemain terbabit.

Mereka juga bersedia untuk melelong salah seorang pemain aset berharga mereka yang bernilai lebih £100 juta (RM533j) .

Khabar Real Madrid sedang merundingkan Sancho bakal memberikan satu lagi halangan kepada Manchester United dalam usaha mereka untuk membawa pemain London itu kembali ke England.

Mereka sudah pun berdepan persaingan daripada juara Perancis, Paris Saint-Germain.

Kelab Old Trafford terbabit juga bermasalah untuk menyainginya kerana tidak berada dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) yang menjejaskan usaha mendapatkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 7:03 PM