Skuad Klopp tolak tawaran penginapan hotel mewah di Qatar. FOTO REUTERS/Estate Agents
Skuad Klopp tolak tawaran penginapan hotel mewah di Qatar. FOTO REUTERS/Estate Agents
Agensi/Esme Jo

LIVERPOOL menolak penginapan di hotel mewah dikhaskan untuk mereka di Doha, Qatar berikutan beberapa masalah berkaitan isu kemanusiaan ketika proses pembinaan hotel lima bintang di kawasan itu.

The Reds akan beraksi pada Timur Tengah pada Disember depan untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab selepas layak menyertainya dengan muncul sebagai juara Eropah apabila menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pada Jun lalu.

Liverpool ditawarkan Marsa Malaz Kempinski, hotel lima bintang di pulau buatan manusia Pearl-Qatar tetapi menolaknya disebabkan oleh sejarah pembinaan pulau itu pada masa lalu.

Berita penolakan skuad Jurgen Klopp itu untuk berada di kawasan mewah itu didedahkan oleh akhbar The Athletic.

Pada Oktober 2018, penyiasatan terhadap pekerja asing diambil bekerja oleh hotel Marsa Malaz Kempinski menerima bayaran di bawah paras gaji minimum dan beroperasi melanggar undang-undang buruh.

Pengawal keselamatan bekerja syif 12 jam dalam suhu 45 selsius hanya menerima pendapatan £8 (RM43).

Athletic menambah Liverpool sudah memberitahu FIFA dan pihak berkuasa Qatar mengenai keputusan mereka dan menyusun semula jadual hotel mereka di negara itu untuk mengelakkan sebarang kebimbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 7:44 PM