Agensi

PENYERANG Tottenham Son Heung-min menangis selepas bentesan dilakukan terhadap pemain tengah Everton, Andre Gomes menyebabkan pergelangan kaki kanan lawannya itu terseliuh dan patah.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu pada awalnya kelihatan menerima kad kuning kerana kekasaran dilakukan terhadap pemain berusia 26 tahun itu yang menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Pengadil perlawanan, Martin Atkinson bagaimanapun mengubah keputusan kepada kad merah ketika membantu pemain Portugal itu yang memerlukan pembedahan untuk memperbaiki semula tulang kakinya.

Kenyataan dikeluarkan oleh Toffees: "Kelab Bola Sepak Everton boleh mengesahkan Andre Gomes mengalami kecederaan serius ketika menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana di Goodison Park.

Gomes (tengah) mengalami kecederaan ketika bersaing dengan Son. FOTO REUTERS
Gomes (tengah) mengalami kecederaan ketika bersaing dengan Son. FOTO REUTERS

"Pemain antarabangsa Portugal itu dibawa menaiki pengusung pada separuh masa kedua perlawanan itu dan terus dibawa ke hospital dengan ambulan bersama pasukan perubatan Everton.

Sementara itu pemain Everton terbabit menjalani pembedahan serta merta, hari ini, menurut jurucakap kelab terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 2:50 PM
Son ditenangkan selepas melakukan bentesan terhadap Gomes. FOTO REUTERS
Son ditenangkan selepas melakukan bentesan terhadap Gomes. FOTO REUTERS