ERVIN Boban.
ERVIN Boban.
Syazwan Msar


PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) ll mendapat pengendali baharu apabila ketua jurulatihnya Ervin Boban bakal meninggalkan skuad pembangunan Harimau Selatan itu.

Perkara terbabit disahkan menerusi laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers apabila Boban mengucapkan selamat tinggal menerusi menerusi satu hantaran di Facebook rasmi milik beliau.

Boban yang juga bekas pemain import di era semi pro meninggalkan memori indah bersama pasukan itu apabila membantu JDT II menjulang Piala Cabaran 2019 baru-baru ini.

“Selepas 12 tahun perjalanan saya bersama keluarga JDT akhirnya bertemu penghujungnya. Perjalanan ini sungguh hebat dan berjaya, begitu banyak kenangan indah akan sentiasa tersemat di hati saya.

“Terima kasih diucapkan khas kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas sokongan baginda dan peluang diberikan kepada saya sekali lagi untuk mewakili Johor.

“Bermain untuk Johor pada 90-an selama 7 tahun dan kini sebagai jurulatih selama 5 tahun memberikan saya kebanggaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.Terima kasih kepada pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain. ” katanya.

Menerusi perkhabaran daripada jurulatih kelahiran Split, Croatia, itu sekali gus mencetus persoalan pengganti Boban bagi membimbing JDT II pada musim hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 9:40 PM