Aksi pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli (tengah) ketika perlawanan berdepan Watford. FOTO Reuters
Aksi pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli (tengah) ketika perlawanan berdepan Watford. FOTO Reuters
Reuters

JURULATIH Watford, Quique Sanchez Flores berkata dia hilang kepercayaan dalam VAR ketika beraksi baik dalam perlawanan selepas dua keputusan tidak berpihak kepada barisan kendaliannya ketika seri 1-1 di Tottenham Hotspur, meninggalkan mereka tanpa kemenangan musim ini.

Pelawat bermula cemerlang apabila Abdoulaye Doucoure meledak pada minit keenam dan mereka mungkin memperoleh penalti apabila Gerard Deulofeu ditarik oleh Jan Vertonghen.

Dele Alli menafikan kemenangan pertama Watford dalam sembilan perlawanan dengan gol lewat permainan yang sebenarnya tidak dikira kerana terkena tangan sebelum disahkan selepas tayangan VAR, walaupun Harry Kane kelihatan menolak pertahanan Christian Kabasele dalam usaha menjaringkan gol berkenaan.

Detik itu turut dikejutkan dalam kekeliruan apabila paparan skrin di Stadium Tottenham Hotspur pada mulanya menyatakan ‘Tiada Gol’, sebelum membetulkannya semula dengan jaringan dibenarkan.

Paparan VAR di Stadium Tottenham Hotspur cetus kontroversi. FOTO Reuters
Paparan VAR di Stadium Tottenham Hotspur cetus kontroversi. FOTO Reuters

“Saya memikirkan VAR adalah sesuatu yang objektif tetapi kini saya mula memikirkan ia sangat subjektif,” kata Sanchez Flores.

“Saya fikir ada kesalahan daripada Kane terhadap Kabasele, dia menolaknya dengan tangan. Saya fikir kita terlepas sesuatu. Ia sangat pelik, kamu fikir VAR membantu bola sepak tetapi kemudian ia tidak.”

Sanchez Flores juga bertanya mengenai rayuan Deulofeu untuk mendapatkan penalti.

“Ia adalah penalti, saya tidak tahu (kenapa ia tidak diberikan),” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu mengakui barisan kendaliannya, yang kekal di tangga tercorot liga, mungkin memperoleh tiga mata penuh selepas menunjukkan permainan matang berdepan finalis Liga Juara-Juara musim lalu itu.

Jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino pula berkata kesilapan pada skrin VAR tiada kena mengena dengan mereka dan ia adalah isu Liga Perdana.

Dia juga berkata cara barisan pemain berjaya mencuri satu mata mungkin meningkatkan semangat mereka untuk kembali bersaingan selepas aksi buruk, termasuk kekalahan besar 2-7 kepada Bayern Munich dan tewas 0-3 kepada Brighton.

“Selepas aksi berdepan Bayern keyakinan kami jatuh. Ia sangat penting dengan cara kami memperolehi mata pada penghujung, kami tetapi bersaing,” kata Pochettino.

“Saya berharap ini adalah langkah pertama untuk kami memulihkan semula keyakinan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 10:40 AM