Solskjaer (kiri) harap De Gea dapat beraksi menentang Liverpool. FOTO REUTERS
Solskjaer (kiri) harap De Gea dapat beraksi menentang Liverpool. FOTO REUTERS
Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mendedahkan kecederaan dialami oleh David De Gea tidak begitu membimbangkan dan berharap penjaga gol itu cergas untuk berdepan Liverpool.

Penjaga gol utama Manchester United itu dilihat mengalami kesakitan pangkal paha ketika Sepanyol seri tanpa jaringan dengan Sweden, Selasa lalu.

De Gea, 28 dijangka tidak beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford menentang pendahulu itu.

Solskjaer mengakui dia turut menyangkakan tidak mendapat khidmat penjaga gol terbabit sehingga bulan depan.

Malah juga masih mengharapkan penjaga gol terbabit dapat bermain pada perlawanan itu nanti.

Solskjaer berkata: "Saya tidak menjangkakan De Gea akan beraksi tetapi ia tidaklah teruk seperti dibimbangkan.

"Ketika saya menonton perlawanan itu saya menyangka dia tidak akan dapat bermain sehingga aksi antarabangsa disebabkan dia mengalami masalah kecederaan otot tetapi tidak terlalu teruk."

Pemain antarabangsa Argentina Sergio Romero diletakkan sebagai penjaga gol simpanan andai De Gea tidak pulih tepat pada masanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 6:31 PM