WIJNALDUM (kiri) gesa rakan sepasukan fokus kemenangan ke atas Salzburg. - FOTO Agensi
WIJNALDUM (kiri) gesa rakan sepasukan fokus kemenangan ke atas Salzburg. - FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menegaskan memori menewaskan Barcelona dalam aksi separuh akhir musim lalu sudah pun menjadi sejarah ketika Anfield bersiap sedia menyaksikan semula pertembungan Liga Juara Juara awal pagi Khamis ini.

Hampir lima bulan lalu sejak skuad Jurgen Klopp mengejutkan pasukan pilihan dengan kemenangan 4-0 dan seterusnya menjulang trofi berprestij Eropah empat minggu selepas itu.

Menurut Wijnaldum semua memori hebat itu telah pun dilupakan mereka. “

“Apa yang berlaku pada masa lepas tinggal kenangan,” kata pemain antarabangsa Belanda itu yang menjaringkan dua gol dalam aksi di Anfield itu.

“Kami mencipta kenangan hebat tetapi ia bukan lagi bermain di fikiran kami.”

Wijnaldum bercakap kepada wartawan menjelang pertemuan dengan Red Bull Salzburg, kali pertama aksi Eropah di Anfield sejak menewaskan Barca.

Katanya: “Sudah tentu ia memberi anda keyakinan jika dalam situasi itu tetapi cabaran kali ini berbeza dari segi pasukan, situasi dan perlawanan.

“Kami hanya perlu pastikan kami sedia dan tidak memikirkan mengenai musim lalu. Kami perlu pandang ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.”

Selepas tewas kepada Napoli dalam aksi pembukaan, kemenangan ke atas Salzburg perlu bagi melonjakkan kembali keyakinan juara bertahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 11:51 AM