Wijnaldum (kiri) rai jaringan bersama Firmino di Bramall Lane. FOTO REUTERS
Wijnaldum (kiri) rai jaringan bersama Firmino di Bramall Lane. FOTO REUTERS


SEDIKIT tuah akibat kegagalan penjaga gol menangkap kemas membolehkan Liverpool melebarkan rekod 100 peratus dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Sheffield United di Bramall Lame, malam tadi.

Rembatan Georginio Wijnaldum m-7O melepasi celah kelangkang penjaga gawang dipinjamkan dari Manchester United, Dean Henderson sudah cukup memastikan skuad Jurgen Klopp kekal di tangga teratas liga.

The Reds kini mengumpul 21 mata selepas tujuh perlawanan dan lapan mata di depan pencabar utama Manchester City (13) dan akan merapatkan jurang kepada lima andai mengatasi Everton di Goodisan Park, esok.

Pemain Liverpool, Firmino gembira selepas jaringan Liverpool memastikan mereka terus berada di persada EPL. FOTO REUTERS
Pemain Liverpool, Firmino gembira selepas jaringan Liverpool memastikan mereka terus berada di persada EPL. FOTO REUTERS

Kemenangan itu mencerahkan peluang Liverpool untuk menjulang gelaran pertama liga dalam tempoh 30 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 9:46 PM