CHRIS Wilder. - FOTO Reuters
CHRIS Wilder. - FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS Sheffield United, Chris Wilder berkata, pasukannya mungkin meletakkan 11 pemain pertahanan ketika menentang juara Eropah dan pendahulu Liga Perdana, Liverpool pada Sabtu ini.

Walaupun Sheffield tewas dua aksi terakhir liga di tempat sendiri, Wilder menegaskan dengan tiga pertahanan, mereka berjaya mengelakkan kekalahan dalam tiga aksi di tempat lawan musim ini.

Liverpool memiliki rekod sempurna dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan dan mendahului pasukan di tangga kedua Manchester City dengan lima mata.

Skuad Juergen Klopp turut berbisa dengan menjaringkan sekurang-kurannya dua gol setiap perlawanan.

"Mungkin dengan 10 atau 11 pemain di bahagian belakang,” gurau Wilder ketika sidang akhbar hari ini.

"Mereka lebih baik daripada kami dari segi pergerakan bola, cara menyerang dengan kepantasan dan kualiti dimiliki.

"Cuma kami mengharapkan mereka tidak mempamerkan kualiti sebenar pada hari itu dan kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada.”

Liverpool menang 12 aksi terakhir liga ketika menentang kelab yang baharu dinaikkan ke Liga Perdana tetapi tidak pernah menang di Bramall Lane dalam aksi liga dan Wilder berkata skuadnya tidak perlu berasa rendah diri menentang juara Eropah itu.

"Kami beraksi pada tahap Liga Perdana. Sudah tentu terdapat perbezaan jurang di antara kedua-dua kelab dan kami berusaha mengurangkan jurang itu,” kata Wilder.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 9:06 PM