KLOPP ceria selepas pasukannya menang semua tiga perlawanan pertama Liga Perdana. — FOTO Reuters
KLOPP ceria selepas pasukannya menang semua tiga perlawanan pertama Liga Perdana. — FOTO Reuters
AFP

JUERGEN Klopp mengakui beliau terkejut dengan permulaan 100 peratus Liverpool bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris selepas menang 3-0 di Burnley awal pagi tadi menyaksikan mereka kekal sebagai pendahulu dua mata di depan Manchester City.

Juara Eropah itu bergelut ketika pramusim, kalah tiga kali ketika mereka terpaksa menanganinya tanpa Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane selepas penyertaan mereka pada kejohanan antarabangsa pada musim panas.

Namun tiga pemain itu meneruskan kecemerlangan mereka musim lalu ketika anak buah Klopp meneruskan rentetan kemenangan dalam Liga Perdana dengan rekod kelab 13 perlawanan berturut-turut.

“Jika anda tanya saya empat minggu lalu saya tak jangkakan semua ini boleh berlaku,” kata Klopp.

“Kami mengharungi pramusim yang menyulitkan. Tiada pramusim buat tiga penyerang utama tapi mereka masih bertindak mengagumkan. Setakat ini, semuanya bagus.

“Kami mengawal perlawanan sebaik mungkin,” ujar Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 10:09 AM