Aubameyang pemusnah Newcastle. FOTO REUTERS
Aubameyang pemusnah Newcastle. FOTO REUTERS
Reuters

REPUTASI Steve Bruce selaku pengurus baru Newcastle United tercalar selepas gol jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada separuh masa kedua memastikan kemenangan Arsenal 1-0 di St James Park, malam ini.

Newcastle yang dilihat lebih menguasai babak pertama tetapi nasib lebih menyebelahi Arsenal untuk meraih tiga mata hasil jaringan Aubameyang m-58.

Newcastle menurunkan pemain mencatat rekod berharga 40 juta pound (RM201j), Joelinton pada penampilan pertama di bahagian serangan tetapi skuad tuan rumah gagal memecah kebuntuan.

Gunners yang terpaksa menunggu hingga April untuk mengekalkan rekod bersih dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun lalu kelihatan berada lebih bersedia ketika membuka kempen saingan musim ini.

Peluang terbaik Newcastle diperolehi pada separuh masa pertama ketika rembatan Jonjo Shelvey tersasar ke arah kanan pintu gol Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 11:18 PM