ADRIAN bekas penjaga gol West Ham. - FOTO Agensi
ADRIAN bekas penjaga gol West Ham. - FOTO Agensi
Reuters

LIVERPOOL menandatangani bekas penjaga gol West Ham United, Adrian dengan yuran percuma susulan perpindahan Simon Mignolet ke kelab Belgium, Club Bruges, menurut jurucakap kelab Liga Perdana itu hari ini.

Mignolet menjadi anggota skuad yang menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu dan pemain berusia 31 tahun itu mengakhiri karier enam tahun di Anfield selepas tampil lebih 200 perlawanan dalam semua kejohanan.

Adrian yang berusia 32 tahun meninggalkan West Ham penghujung musim lalu bakal bersaing dengan penjaga gol utama, Alisson.

"Saya sangat teruja, saya datang ke sini untuk cuba memenangi setiap trofi. Saya akan mencabar Ali dari minit pertama supaya kami menjadi lebih baik,” kata pemain dari Sepanyol itu dalam laman web kelab.

"Saya tak sabar nikmati aksi pertama di Anfield dan menang sebanyak perlawanan yang boleh.”

Liverpool memulakan cabaran musim baharu Liga Perdana dengan menentang Norwich City di tempat sendiri, Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 10:54 PM