Hamilton (tengah) bersama Verstappen (kiri) serta Vettel (kanan) dan Pengarah Strategik Permotoran Mercedes, James Vowles. FOTO REUTERS
Hamilton (tengah) bersama Verstappen (kiri) serta Vettel (kanan) dan Pengarah Strategik Permotoran Mercedes, James Vowles. FOTO REUTERS
Reuters

PENDAHULU Formula Satu (F1), Lewis Hamilton ‘memburu’ Max Verstappen untuk memenangi Grand Prix Hungary kali ketujuh di litar Hungaroring, malam tadi sekaligus melebarkan kedudukan 62 mata dalam kedudukan kejuaraan.

Verstappen, pemandu muda Belanda berusia 21 tahun, bermula daripada petak utama untuk kali pertama muncul naib juara selepas dipintas ketika saingan berbaki empat pusingan sebelum berakhir dalam keadaan tayarnya mengalami tahap kehausan yang teruk.

"Ia benar-benar tugas sukar tetapi kami berjaya melakukannya," kata Hamilton yang menggunakan strategi pecutan terbaiknya selepas ketinggalan hampir 20 saat pada baki 22 pusingan untuk tiba ke garis penamat.

"Huh, ia dirasakan sangat bagus."

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan saingan di tempat ketiga dan ketinggalan hampir satu minit di belakang, kekal selama-lamanya dalam definisi F1 ketika dua pelumba terbabit meneruskan saingan peribadi mereka di litar Hungaroring.

Hamilton, juara dunia lima kali yang menang di Hungary tahun lalu, kini mempunyai 250 mata.

Rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas mengumpul 188 dan Verstappen kian hampir dengan 181.

Ia kemenangan kelapan Hamilton selepas 12 perlumbaan musim ini dan kali ke-81 kariernya dan hanya kurang 10 berbanding juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang masih memegang rekod tertinggi sepanjang masa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 12:39 AM