Elliot bersama jersi Liverpool. FOTO Ihsan LFC
Elliot bersama jersi Liverpool. FOTO Ihsan LFC
Reuters

LIVERPOOL melengkapkan perpindahan pemain remaja sensasi, Harvey Elliott dari Fulham, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Elliott yang meninggalkan Craven Cottage selepas kontrak remajanya berakhir pada Jun lalu, muncul pemain termuda tampil dalam EPL ketika beraksi bersama Fulham yang tersingkir divisyen ketika menentang Wolverhampton Wanderers.

Ketika itu, dia berusia 16 tahun 30 hari pada Mei lalu.

Pemain tengah England berusia 17 tahun itu sebelum ini dikaitkan perpindahan ke Barcelona, Real Madrid dan RB Leipzig oleh media Britain.

“Untuk menyertai kelab saya sokong ketika zaman kanak-kanak adalah impian menjadi kenyataan buat semua ahli keluarga saya.

“Ia satu perasaan yang hebat kerana secara rasminya kini dapat memanggil diri saya sebagai Red!” kata pemain berusia 16 tahun itu di Instagram.

“Saya tidak sabar untuk diturunkan dan ia perasaan sebenar apabila dapat menyarung jersi masyhur pasukan Reds.

“Saya akan bekerja keras sebaik mungkin untuk kelab dan saya rasa Anfield adalah tempat terbaik untuk membentuk dan berkembang sebagai pemain.”

Elliott akan menjadi sebahagian daripada skuad Juergen Klopp yang akan berdepan Napoli pada perlawanan persahabatan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Julai 2019 @ 10:38 PM