BRUCE dan Joelinton bergambar bersama jersi Newcastle. - FOTO Reuters
BRUCE dan Joelinton bergambar bersama jersi Newcastle. - FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS Newcastle United, Steve Bruce yang menggantikan Rafa Benitez menafikan dakwaan penyokong bahawa dia adalah boneka kepada pemilik kelab, Mike Ashley dan meminta diberi peluang adil untuk memenangi hati mereka.

Benitez tidak melanjutkan kontrak yang tamat pada Jun lalu berkata, pengurusan Newcastle tidak mahu berkongsi visinya.

Bruce tiba di St James' Park bulan ini gagal menambat hati penyokong yang berang dengan visi Ashley ketika Benitez menjadi pengendali sehingga tercetus spekulasi kelab itu mahu dijual.

"Saya tidak akan menjadi orang suruhan kepada sesiapa pun. Saya sudah ‘masak’ dalam bidang ini,” kata Bruce ketika sidang akhbar selepas menandatangani pemain Brazil, Joelinton dengan harga rekod kelab.

"Saya ada mendengar dakwaan mengatakan saya ini boneka tetapi saya bukan orang suruhan Mike Ashley. Saya adalah diri saya sendiri

"Apa yang saya minta ialah diberikan peluang. Sesiapa sahaja duduk di sini akan mendapati ia sukar dan saya berharap dapat memenangi hati penyokong kelab ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 7:24 PM