Barisan pemain Madagascar pamer aksi terpuji dalam kejohanan. FOTO Reuters
Barisan pemain Madagascar pamer aksi terpuji dalam kejohanan. FOTO Reuters
AFP

JURULATIH Madagascar, Nicolas Dupuis mengakui cukup sukar bagi pasukan yang pertama kali beraksi di peringkat suku akhir pusingan akhir Piala Negara Afrika untuk mencipta kejutan dan berazam melakukan lebih baik pada kejohanan akan datang.

Impian pasukan kepulauan Lautan Hindi untuk melangkah lebih jauh terkandas apabila tewas kepada Tunisia, 0-3 dalam aksi suku akhir pagi ini. Negara yang mempunyai jarak sekitar 83 dalam ranking dunia.

“Saya amat bangga dengan apa yang pemain lakukan sejak bermula kejohanan. Saya sanjung kepada kesungguhan pemain,” kata Dupuis, yang kontraknya tamat pada penghujung kejohanan di Mesir.

“Hari ini langkahnya terlalu tinggi. Untuk masa depan, ia tidak banyak perubahan. Saya seorang yang setia dan keutamaan saya adalah pada Madagascar."

Dupuis memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
Dupuis memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP

Dupuis mengambil alih tugas melatih Madagascar pada 2017 dan berjaya mengubah negara berkenaan dari ranking rendah 190, dan terpaksa beraksi dalam pusingan kelayakan untuk mengambil bahagian seterusnya layak dalam kejohanan serta melakar kejutan pada pusingan final tahun ini.

“Saya tidak tahu keutamaan Madagasar adalah untuk memastikan saya kekal,” tambah Dupuis. Ia agak sukar untuk melakukan lebih baik pada aksi akan datang. Banyak perkara yang perlu dilakukan di Madagascar. Kami harus menunjukkan apa yang kami lakukan adalah berbaloi.

“Kami perlu terus berkerja keras jika tidak ia cuma angan-angan kosong. Kami perlu kembali bekerja semula.” Saya tidak menyesal,” tambahnya. “Kami berdepan pasukan yang sangat bagus.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 10:30 AM