PACQUIAO  (kiri) mengasah tumbukannya bersama   Roach ketika sesi latihan di   Hollywood, California, hari ini. - FOTO AFP
PACQUIAO (kiri) mengasah tumbukannya bersama Roach ketika sesi latihan di Hollywood, California, hari ini. - FOTO AFP
AFP

JURULATIH, Freddie Roach berkata, dia berharap Manny Pacquiao dapat bertarung semula dengan Floyd Mayweather selepas legenda Filipina itu menentang Keith Thurman di Las Vegas bulan ini.

Menurut Roach, dia masih lagi dihantui kekalahan Pacquiao di tangan Mayweather pada 2015 yang dianggap ‘pertarungan abad ini’ tetapi sebaliknya menghampakan peminat tinju.

Pacquiao kemudiannya berkata, kecederaan bahu menjejaskan prestasinya ketika kekalahan dalam 12 pusingan itu manakala Mayweather bersara tidak lama selepas itu dengan rekod cemerlang.

Pacquiao, 40, bersara sekejap pada 2016 tetapi kini berusaha merampas gelaran welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dengan menentang juara Amerika Syarikat yang belum pernah tewas, Keith Thurman di MGM Grand pada 20 Julai ini.

Roach yang juga jurulatih Pacquiao selama dua dekad berharap kemenangan ke atas Thurman dapat membuka laluan kepada pertarungan semalam dengan Mayweather jika dia sudi kembali ke gelanggang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:55 PM