TCHETCHE  (tengah) ketika sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, semalam.
TCHETCHE (tengah) ketika sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, semalam.
Malik Muhamad

PENYERANG sensasi Terengganu, Kipre Tchetche mahu menamatkan aksi bertemu Pahang di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam esok dengan kemenangan.

Bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman itu juga menuntut rakan sepasukan memperagakan aksi cemerlang sebagai hadiah kepada peminat setia sebelum aksi terakhir menentang juara musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman lawan pada 19 Julai.

Bagaimanapun, impiannya untuk mengintai penjaring terbanyak liga musim ini tampak kian sukar selepas hanya meledak 6 gol berbanding penjaring terbanyak setakat ini daripada PKNS, Kpah Sherman yang sudah menjaringkan 13 gol.

"Empat perlawanan terakhir ini kami seperti mendapat semangat baharu dan sudah pasti saya mahu berjuang hingga ke saat terakhir untuk memburu jaringan," katanya.

Dia bagaimanapun mengakui ujian berat bakal dilalui pasukannya kerana dijadual bertemu dua pasukan di tangga teratas liga.

"Kami sedar TFC bakal berdepan dua gergasi iaitu Pahang dan juara liga, JDT pada perlawanan terakhir. Tetapi masih ada peluang untuk berada di tempat lebih baik liga memandangkan kutipan mata antara enam pasukan teratas agak rapat dan ada yang dibezakan dengan satu mata," ujar Tchetche.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:05 PM