TIELEMANS jaring tiga gol musim lalu.
TIELEMANS jaring tiga gol musim lalu.
Reuters

LEICESTER City menandatangani Youri Tielemans dari kelab Ligue 1, AS Monaco selepas mempamerkan prestasi cemerlang ketika beraksi secara pinjaman musim lalu, menurut jurucakap kelab Liga Perdana itu hari ini.

Tielemans, 22, bersetuju dengan kontrak empat tahun dan menjadi pemain ketiga menyertai skuad pengurus Brendan Rodgers selepas James Justin dan Ayoze Perez.

Butir perjanjian tidak didedahkan tetapi media British melaporan Leicester memecah rekod perpindahan dengan membayar 40 juta pound (RM206.96 juta), mengatasi 30 juta pound (RM155 juta) yang dibayar kepada Newcastle bagi mendapatkan Perez minggu lalu.

"Perasaan yang sangat hebat dapat beraksi dengan kelab ini,” kata Tielemans dalam laman web kelab. “Saya percaya kami mempunyai bakat untuk membolehkan kelab mencapai matlamat. Saya tak sabar membantu rakan sepasukan.”

Pemain antarabangsa Belgium itu menghabiskan separuh musim lalu dengan beraksi secara pinjaman di Leicester, tampil dalam 13 perlawanan dan menjaringkan tiga gol serta empat bantuan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 12:47 AM