TITE (dua kanan) mengendalikan sesi latihan di kompleks sukan Granja Comary di Teresopolis, semalam. — FOTO AFP
TITE (dua kanan) mengendalikan sesi latihan di kompleks sukan Granja Comary di Teresopolis, semalam. — FOTO AFP
AFP

JURULATIH Brazil, Tite berazam untuk menghormati kontraknya tidak kira apa keputusan final Copa America menentang Peru, susulan desas-desus beliau sedia berundur.

Tite tidak mempedulikan wartawan yang bertanyakan mengenai masa depannya menjelang final awal pagi esok yang mana Brazil memburu kejayaan memenangi kejuaraan utama pertama dalam tempoh 12 tahun.

“Kontrak saya hingga 2022 dan saya akan memenuhinya,” kata pengendali berusia 58 tahun itu.

Ketegasannya hadir selepas laporan media mendakwa beliau marah dengan beberapa staf kejurulatihan yang sudah pergi atau meninggalkan pasukan selepas Copa.

TITE melayan soalan wartawan pada sidang media di Stadium Maracana, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
TITE melayan soalan wartawan pada sidang media di Stadium Maracana, awal pagi tadi. — FOTO Reuters

Beliau pantas menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu.

“Saya tidak percaya kritikan bermakna anda menentang seseorang, kritikan adalah satu pandangan berbeza,” katanya.

“Satu-satunya perkara yang saya persoalkan adalah maklumat yang salah. Apabila anda membuat komen berdasarkan maklumat yang salah, ia sama ada kerana kurang cekap atau berniat jahat.”

Di sebalik karier kejurulatihan selama hampir 30 tahun, Tite berkata, beliau masih belajar banyak perkara setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 12:08 PM