Ferzalfie Fauzi


DATUK SM Muthu dipilih sebagai presiden baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas berjaya mengetepikan penyandang, Datuk Karim Ibrahim di pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16 sebentar tadi.

Muthu yang juga Presiden Persatuan Olahraga Selangor memperoleh 21 undi manakala, Karim pula mendapat 18 undi dalam pemilihan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Bakal membantunya untuk perjalanan penggal 2019-2022 ialah Datuk Mumtaz Jaafar selepas pencabarnya Datuk Seri Shahidan Kassim membuat keputusan menarik diri semalam.

Sementara itu, William Ling, Rajemah Sheikh Ahmad, Fadzil A. Bakar dan Josephine Kang terpilih sebagai naib presiden.

MUTHU (kiri) dipilih sebagai presiden baharu KOM. FOTO/NSTP
MUTHU (kiri) dipilih sebagai presiden baharu KOM. FOTO/NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 1:23 PM