Pemain AC Milan ketika perlawanan Serie A. FOTO Agensi
Pemain AC Milan ketika perlawanan Serie A. FOTO Agensi
AFP

AC Milan dilarang menyertai saingan bola sepak Eropah musim depan kerana melanggar peraturan kewangan yang adil, umum mahkamah utama untuk sukan, CAS.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA mendakwa kelab itu melanggar peraturan kewangan (FFP) sejak tiga musim lalu dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memihak kepada mereka.

“AC Milan dikecualikan daripada kejohanan kelab UEFA untuk musim 2019/2020 kerana melanggar peraturan FFP sejak tiga musim lalu,” kata mahkamah berkenaan.

UEFA sebelum ini mendapati gergasi Itali itu yang layak ke Liga Europa musim depan, bersalah pada Jun kerana melanggar peraturan kewangan yang mengehadkan kelab itu berbelanja mengikut pendapatan pada tahun berkenaan.

Begitupun CAS merujuk kembali hukuman UEFA bahawa penggantungan pada peringkat Eropah adalah tidak seimbang.

Akhirnya, tindakan UEFA terhadap kelab itu digantung sehingga menunggu keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini selepas persetujuan antara UEFA, kelab itu dan CAS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 11:44 PM