ALVES (kanan) bersama Neymar di Sao Paulo. — FOTO AFP
ALVES (kanan) bersama Neymar di Sao Paulo. — FOTO AFP
Reuters

DANI Alves mengumumkan hari ini dia akan meninggalkan Paris Saint-Germain, hanya beberapa jam selepas mengetuai Brazil menang besar 5-0 ke atas Peru pada Copa America dengan menyumbang satu gol.

Pertahanan kanan itu menyertai kelab gergasi Perancis itu pada 2017 selepas beraksi di Sevilla, Barcelona dan Juventus, namun dia tidak menyatakan destinasi berikutnya selepas meninggalkan Paris.

“Satu lagi pusingan dalam kehidupan saya berakhir hari ini, satu pusingan penuh kejayaan, belajar dan pengalaman,” tulis Alves, 36, dalam laman Instagram.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga PSG kerana peluang yang dinikmati bersama untuk melakar catatan dalam sejarah kelab.”

Alves, yang menggantikan rakan sekelab Neymar sebagai kapten Brazil pada Copa America, menang dua kejuaraan Ligue 1 dan satu Piala Perancis dalam tempoh dua musim beraksi di Parc des Princes.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 12:36 PM