PEMAIN Melaka meraikan kemenangan menentang Kuala Lumpur  di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
PEMAIN Melaka meraikan kemenangan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Nazri Abu Bakar


MELAKA United ( MU) berada dalam landasan tepat meraih kedudukan terbaik pencapaian Liga Super apabila kini berada di tangga keempat.

Selepas mengatasi Kuala Lumpur 1-0 di Cheras, Rabu lalu skuad bimbingan jurulatih, Zainal Abidin Hassan mengumpul 26 mata sama dengan Kedah yang menghuni tempat ketiga liga namun kelebihan jaringan memihak Helang Merah.

Bagaimanapun, MU dilihat antara pencabar yang mampu menggugat Hijau Kuning malah mengintai tempat kedua dengan syarat mampu memenangi semua aksi.

Bekas penyerang Melaka, Kedah dan Perak, Karim Pin berkata, Melaka United kini berada dalam landasan tepat bagi meraih tangga ketiga atau lebih baik.

Menurutnya, cuma sikap terlalu yakin perlu dihindarkan sebaliknya kental fokus untuk meraih mata maksimum pada penghujung saingan terbabit.

"Malah, MU juga perlu menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), Rabu depan di gelanggang sendiri atau sekurang-kurangnya mengikat pelawat.

"Jika dengan barisan pemain sedia ada dan momentum sekarang dikekalkan sudah pasti mereka mampu melakukan dengan hanya perlu mengelak melakukan kesilapan mudah yang boleh membawa padah," katanya.

Dia yang kini masih aktif bermain bola sepak dengan rakan veteran di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor turut melihat Kedah juga sebagai pencabar buat Pahang untuk menduduki tangga kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 5:30 PM