Rashford mendapat perhatian Real dan Barcelona. FOTO REUTERS
Rashford mendapat perhatian Real dan Barcelona. FOTO REUTERS
Agensi

MANCHESTER United berkemungkinan terpaksa membayar gaji Marcus Rashford sebanyak £350,000 (RM1.8 juta) seminggu untuk menghalangnya menyertai Real Madrid atau Barcelona.

Penyerang itu masih berunding dengan bos Old Trafford ketika kontraknya hanya berbaki 12 bulan untuk berakhir.

Rashford, 21, yang masih kekal di United, kini dianggap penyerang No.1 United di bawah kendalian bos baru, Ole Gunnar Solskjaer.

Penjaga gol, David De Gea, Rashford antara pemain bintang yang masih belum mencapai sebarang persetujuan dengan naib pengerusi, Ed Woodward - mendapat idea itu berikutan gaji sebanyak £505,000 (2.5j) seminggu dibayar kepada pemain tidak menjadi, Alexis Sanchez.

Pembayaran gaji mega pemain Chile itu menjejaskan struktur pembayaran di kelab itu dengan menyebabkan pemain lain kini meminta gaji lebih tinggi untuk menggambarkan status mereka.

Permintaan Rashford begitu berasas ketika kontraknya hanya tinggal 12 bulan malah Real dan Barca berterus-terang mahu mendapatkannya.

Madrid turut menjemput abang Rashford yang juga penasihat ke satu perlawanan.

Pengurusan Barcelona diberitahu bos Barca sekarang, Ernesto Valverde adalah salah seorang peminat bintang England itu.

Sumber memberitahu: “Marcus mahu United dan tidak mahu meninggalkan kelab itu.

“Bagaimanapun, ia tidak akan menjadi kesukaran buatnya bermain bersama dua kelab besar di Sepanyol sekiranya tidak mencapai persetujuan.

“Ramai pemain bolasepak menandatangani kontrak asas bukan hanya disebabkan nilai mereka sekarang tetapi nilai mereka akan lebih tinggi dalam satu, dua atau tiga tahun akan datang”.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 7:17 PM