The Special One diintai pengurusan Chelsea untuk ganti Sarri. FOTO REUTERS
The Special One diintai pengurusan Chelsea untuk ganti Sarri. FOTO REUTERS
Agensi

JOSE Mourinho dikatakan sudah bersedia untuk menyertai semula kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea untuk kali ketiga.

The Blues difahamkan cuba mendapatkan pengganti Maurizio Sarri secepat mungkin selepas pengendali Itali itu akan menyertai Juventus dalam masa terdekat.

Chelsea juga meletakkan syarat penamat empat teratas dalam saingan EPL daripada bos baru biarpun kehilangan pemain bintang, Eden Hazard.

Pilihan peminat iaitu Frank Lampard yang kini mengendalikan Derby, kekal calon utama untuk menggantikan Sarri.

Bagaimanapun, pengurusan di Stamford Bridge turut menimbangkan pengurus berpengalaman untuk tugas itu.

Mourinho, 56, yang pernah mengendalikan Chelsea dua kali sebelum ini turut dikaitkan dengan Newcastle jika kelab itu diambil alih.

Bekas bos Manchester United itu dilihat berada di London mengadakan pertemuan bersama ejen komersil terkenal.

Bekas jurulatih Juve, Max Allegri, Erik ten Hag (Ajax), Nuno Espirito Santo di Wolves dan pengendali Watford, Javi Gracia juga berada dalam senarai untuk menjadi pengurus Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 6:03 PM