ALVARO Morata dan Sergio Ramos ketika Sepanyol menewaskan Sweden awal pagi tadi. FOTO Reuters.
ALVARO Morata dan Sergio Ramos ketika Sepanyol menewaskan Sweden awal pagi tadi. FOTO Reuters.
AFP

SERGIO Ramos dan Alvaro Morata masing-masing menjaringkan penalti ketika Sepanyol menewaskan Sweden 3-0 awal pagi tadi untuk meneruskan permulaan sempurna kelayakan Euro 2020.

Sepanyol bergelut untuk memecah benteng pertahanan Sweden di Santiago Bernabeu sehinggalah Ramos meledak gol pada minit ke-64 selepas Sebastian Larsson menghalang hantaran Marco Asensio dengan tangannya.

Dua jaringan lewat dalam tempoh dua minit kemudiannya menjadikan jaringan agak selesa buat mereka apabila Ramos menghadiahkan sepakan penalti kedua kepada Morata sebelum Mikel Oyarzabal meledak gol ketiga.

Kemenangan itu mengekalkan Sepanyol di puncak Kumpulan F, kini lima mata di atas Sweden di tangga kedua dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan.

Kelebihan itu menggambarkan pasukan itu kembali mendapatkan prestasi sebenar selepas aksi mengecewakan pada Liga Negara Eropah, biarpun tiga kemenangan sebelum ini terhasil menerusi kemenangan ke atas Norway, Malta dan Faroe Islands.

Luis Enrique tidak berada di venue perlawanan sejak Sepanyol menewaskan Malta berikutan masalah keluarga dan masih tidak kelihatan di bangku pasukan, meninggalkan penolongnya Robert Moreno untuk mengambil alih.

“Masih banyak cara untuk memperbaiki keputusan,” kata Moreno.

“Kami memburu kesempurnaan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 8:59 AM