ROBERTSON (kanan) bersama Trent Alexander-Arnold (tengah) sebelum sesi latihan di Wanda Metropolitano, semalam. — FOTO EPA
ROBERTSON (kanan) bersama Trent Alexander-Arnold (tengah) sebelum sesi latihan di Wanda Metropolitano, semalam. — FOTO EPA
AFP

PERTAHANAN Liverpool, Andy Robertson mendedahkan keazaman pasukan itu membantu jurulatih Juergen Klopp menjulang trofi sulung beliau bersama kelab itu.

Liverpool memburu kejuaraan keenam trofi Piala Eropah apabila membuat perhitungan dengan Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid, awal pagi esok.

“Sejak beliau datang ke sini (Anfield), beliau banyak mengubah kelab ini dan jelas kami mahu cuba membayarnya dengan satu trofi. Skuad ini beberapa kali hampir melakukannya tapi gagal,” kata Robertson, seorang daripada pemain yang beraksi pada final di Kiev tahun lalu, apabila Liverpool tumpas 1-3 di tangan Real Madrid.

“Ia semuanya mengenai cuba melepasi halangan terakhir itu. Tapi ia bukan setakat beliau, ia untuk pasukan di belakang tabir – setiap orang di Melwood (pusat latihan) dan semua keluarga kami.

“Kami mempunyai semua itu untuk melonjak kami ke depan. Sudah tentu, ia pasti bagus untuk melihat beliau bersama trofi di dalam genggamannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 11:18 AM