Ronaldo (kanan) tidak mahu Conte ganti Allegri. FOTO EPA/AP
Ronaldo (kanan) tidak mahu Conte ganti Allegri. FOTO EPA/AP
Agensi

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan tidak mahu Antonio Conte menggantikan Massimiliano Allegri sebagai pengurus baru Juventus pada musim panas ini.

Kontrak Allegri yang mengendali Juventus selama lima musim berakhir semalam untuk meraih gelaran Serie A kali kelapan berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Atalanta.

Perhatian kini tertumpu siapa akan menggantikan Allegri selaku pengendali baru juara Itali itu dengan Conte, bekas pengurus Juve antara calon yang disebut-sebut.

Akhbar Itali, La Repubblica melaporkan Ronaldo memberi reaksi negatif apabila diberitahu Conte akan menjadi pengurus baru kelab itu.

Penyerang Portugal itu bimbang cara permainannya akan terjejas oleh pendekatan pragmatik Conte malah bekas pengendali Chelsea itu juga dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin.

Conte, 49, menguruskan Juventus antara 2011 hingga 2014 membawa kelab itu memenangi tiga gelaran Serie A.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:15 PM